Siapa Alien dan UFO

  Ditulis pada Sep 19, 2007 // Pribadi.  

Sebuah artikel dari internet tentang Dajjal.

Mahkluk asing atau ‘alien’ sebenarnya adalah bala tentera jin yang diketuai Dajal (Anti-Christ) yang bermata satu dan pesawat-pesawat terbang yang tidak dapat dikenal pasti atau dipanggil UFO itu adalah pesawat pengangkutan yang digunakan oleh mereka sejak sekian lama dipercayai sejak zaman pemerintahan firaun Mesir purba lagi. Mereka ini bukanlah datang dari planet lain di angkasa sebaliknya tinggal di bumi yang sama tempat kita tinggal. Oleh kerana mereka ini dari golongan jin, maka kewujudan mereka tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia biasa melainkan mengikut keadaan atau syarat-syarat tertentu. Pengalamannya mendiami dunia ini beribu-ribu tahun menjadikan Dajal makhluk yang genius. Dia mampu memanipulasikan alam semulajadi untuk menghasilkan pelbagai bentuk tenaga dan teknologi. Kelengkapan bala tenteranya terlalu canggih sehingga tidak ada mana-mana tentera di dunia ini yang mampu menyaingi kecanggihan teknologinya. Amerika sendiri meniru teknologi Dajal dalam memajukan kelengkapan persenjataannya. Antaranya, teknologi gentian optik, pancaran laser, pengklonan, kelengkapan teropong malam, penggunaan seramik dalam penerbangan, teknologi Stealth, alat pancaran partikel dan penerbangan kawalan graviti. Dengan sebab itu, Amerika telah memeterai perjanjian rahsia dengan kerajaan Dajal untuk menafikan segala bentuk dan bukti kewujudannya di dunia ini sehingga suatu masa yang sesuai yang akan diberitakan kelak.

Kadangkala berlaku juga perlanggaran perjanjian oleh pihak Amerika kerana menembak jatuh pesawat-pesawat UFO tatkala mereka memasuki ruang udara negara. Setiap kali tersebarnya berita kemunculan UFO, pihak keselamatan akan cuba sedaya-upaya melakukan “cover-up” dengan pelbagai teori logik menafikan kewujudannya seperti mengaitkannya dengan kilat, guruh, belon udara, ujian pesawat tentera dan lain-lain. Begitulah juga jawapan bosan dan malas yang diberi oleh pihak berkuasa di negara kita yang gagal dan tidak ada pengetahuan sedikitpun tentang teknologi UFO ini. Tidak cukup dengan itu, gerakan rahsia Amerika mewujudkan MEN IN BLACK (M.I.B), suatu badan polis rahsia yang dilengkapi dengan unifom, kenderaan, senjata dan kelengkapan serba hitam tanpa ada apa-apa logo atau lambang yang boleh dikenali. Antara tugas mereka menghapuskan bukti dan memberi tekanan dan ketakutan ke atas saksi-saksi yang menyaksikan fenomena misteri supaya tidak menyebarkan berita itu di kalangan umum. Mereka begitu terlatih dan kadang-kala misi mereka begitu kejam kerana sanggup membunuh jika mendapat arahan sedemikian.

Tinggalnya makhluk pelik ini di kawasan dunia terpencil yang jauh dari manusia, antaranya di pulau-pulau yang tidak berpenghuni, di bawah tanah dan lautan. Daerah yang menjadi tumpuan bagi makhluk ini adalah di tengah-tengah kawasan pertemuan arus sejuk dan arus panas tidak kira di darat atau lautan. Antara daerah yang disyaki menjadi tumpuan utamanya adalah di Segitiga Bermuda yang terkenal dengan fenomena-fenomena misteri yang tidak terjawab sehingga kini melainkan teori-teori bosan para saintis dan ahli fizik yang buntu dan bingung dalam mencari jawapan selain teori “fenomena alam semulajadi” mereka. Itulah salah satu bukti bahawa segala kejadian kapal dan pesawat hilang adalah kerja Dajal. Selain dari itu, mereka juga tinggal di Kepulauan French Polynesia (dekat Australia) dan banyak lagi daerah kepulauan termasuk berdekatan Taiwan (juga dipanggil “Segitiga Berhantu” oleh penduduk setempat) yang tidak kurang dengan fenomena misterinya. Kawasan darat pula dikenal pasti terdapat di lokasi tertentu di Banjaran Himalaya. Hasil kecanggihan teknologinya, satelit termoden manusia tidak mampu mengambil gambar kedudukan kepulauan yang mereka diami.

Mereka ini diagung-agungkan oleh bangsa Yahudi yang menganggap Dajal adalah “tuhan” mereka. Lambang segi enam pada bendera Israel tidak lain melambangkan dua piramid menegak dan tertangkup dan merupakan simbol bagi Dajal. Begitu juga gambar piramid dan mata satu pada wang satu dolar Amerika.

7.jpg

Dajal begitu teliti dalam perancangannya untuk muncul di mata dunia. Dia tidak akan muncul buat masa ini kerana tahu akan mendatangkan panik penduduk dunia. Dengan itu, dia mempunyai agen-agen suruhannya termasuk dari golongan manusia untuk meninggalkan permasalahan UFO, Alien, crop-circle, penculikan, implan dan lain-lain dalam keadaan penuh tanda-tanya, buntu dan tiada jawapan yang pasti. Contohnya, terbitnya berbagai filem dari Hollywood dan majalah yang menyentuh permasalahan mengenainya tanpa ada kepastian. Kalau tak percaya, tontonlah filem X-File sehingga tamat, pernahkah anda mendapat suatu conclusion yang pasti tentang kisahnya? Selalunya, filem ia berakhir dengan jawapan yang tak pasti. Ia ditinggalkan dalam kepala anda sendiri, sama ada hendak mempercayainya atau tidak – terpulang. Ia adalah propaganda dan seolah-olah “introduction” atau bab pengenalan sebelum datang bab yang sebenarnya. Ini salah satu kaedah untuk muncul secara beransur-ansur tanpa mendatangkan kengerian dan kejutan yang besar. Pokok pangkalnya, Dajal pasti akan muncul suatu hari nanti. Tujuannya cuma satu – untuk menguasai dunia ini! Menguasai dan mentadbir sistem dunia secara total, mengikut kehendaknya. Sebenarnya, sebahagian besar sistem yang diperkenalkan Dajal sudahpun diterapkan ke atas penduduk dunia ini tanpa kita sedari. Antaranya, sistem perbankan, insuran, perubatan, ekonomi, pengeluaran produk pengguna tanpa had dan lain-lain. Pernahkah anda terfikir bahawa makanan yang anda makan atau imunisasi yang disuntik ke atas bayi, mengandungi agen-agen yang mengubah cara kita berfikir, membuat keputusan mengikut kehendak mereka? Itulah sebenarnya yang terkandung dalam “The New World Order” yang merupakan perjanjian pihak Amerika yang dikuasai Yahudi dengan kerajaan Dajal.

p/s; jangan lupa baca buku ‘Dajal Akan muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda’ oleh Muhammad Isa Dawood.